Wednesday, August 8, 2012

Najib lancar 1M Privilege Card



NAJIB (dua dari kiri) menunjukkan 1Malaysia Privilege Card selepas melancarkannya di Putrajaya semalam. Turut sama ialah Ahmad Husni Hanadzlah (dari kiri), Ahmad Zahid dan Hishammuddin.



PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti
anggota polis dan tentera,
kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi
 meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia
Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua
pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif
di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu
 membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun
antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh
 kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada
warga Polis Diraja Malaysia dan
Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai
kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang
 berkisar kepada kerjasama unik
antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang
diperkenalkan Malaysia, khusus
untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah
 lagi kuasa membeli atau
 pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap
pada majlis pelancaran kad
itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my
 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan
Kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri,
 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara
 tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang 
kad tersebutmenikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan.
 Ia meliputi barangan keperluan harian,alat sukan, alat ganti 
kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana
senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka
boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi
banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh
 langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan 
rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai
 ratusan juta ringgit.

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online