Riwayat:
Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.
Huraian Hadith:
- Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.
- Sesiapa yang menutup keburukan saudara seagamanya nescaya Allah menutup keburukannya di hari kiamat kerana ganjaran yang disediakan sesuai dengan amalan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment