Monday, August 6, 2012

Agama Islam tidak harus dipolitikkan – Najib


Agama Islam tidak harus dipolitikkan – Najib


NAJIB melambaikan tangan kepada orang ramai sebaik saja tiba untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Johor Bahru semalam.


JOHOR BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agama Islam tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa kini dapat diatasi.
“Jika politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi, maka banyak permasalahan menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam memperlekehkan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.

No comments:

 

blogger templates | Make Money Online