Sunday, December 21, 2008

Takziah

Takziah Buat Warga Pengakap Kelantan



Al-Fatihah buat



Allayarham Tuan Haji Nawi bin OthmanPesuruhjaya Pengakap Kelantan
Telah Meninggal pada 19 Disember 2008
Jam 3 pagi
Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman
Kepengakapan telah kehilangan seorang Pemimpin yang sering bertanggungjawab serta banyak memberikan sokongan atas aktiviti kepengakapan juga kesukarelaan
Salam Takziah buat Ahli Keluarga Allahyarham serta Warga Pengakap Negeri Kelantan...
* Amin *


sumber : PPMD Hulu Terengganu..

Wednesday, December 17, 2008

Jambori JAJ08!!!

ni ler gmbr yg ader masa jambori tu.....






pandai ko san....tgkp yg lawa² jer...





ni betul² icu mari ni!!!!


model pengakap kuala Langat...amacam...cun x????



Nti aku syorkan owg kg aku masuk meminang awek ni tok ko san....




woooo....ngorok yer....?????




Posing maut ni....Khas tuk Pengakap Kuala Langat jer...
Yg len leh mtk otograf jer...lelebih x leh..da cop da....


Mat rempit sejati!!! xper san..sok aku ajar ko willy motor lakkk....

Bergambar dengan otai² pengakap Selangor..Klu korang terer.. Yg mana aku????


Sarapan pg??emmmm...mati idup balik pun blm tentu ader yg sudi nak jamah....


haaaa......ni r dier kem pengakap Selangor...Amacam...gempak x?????


perwira harapan Selagor ni beb....


Model....ngan tongkat pun jd ler.....Cute x????

Friday, December 12, 2008

Sejarah Pengakap Kelana

Rover Moot 1939

Apaka itu Pengakap Kelana????



Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.



SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.
Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap. Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa. Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu. Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia. Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana.

Wednesday, December 10, 2008

Jambori Melaka 2009

JAMBORI MELAKA 2009...

Marilah kita meriahkan majlis ni yok...rugi wooo tak pergi..
30 Mei 2009 hingga 6 Jun 2009
Kuantan Rover Moot 2009

Memupuk semangat berpengakap (scouting spirit) dan berkelana (rovering) dikalangan ahli-ahli pengakap kelana dengan membina silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan sesama ahli kelana dengan masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti bersama kearah melahirkan warga muda yang mempunyai jatidiri yang mantap dan sahsiah yang mulia sesuai dengan pembentukan modal insan berkualiti dan berdaya maju.
Melahirkan Pengakap Kelana yang mempunyai semangat patriotisma, prihatin dan penyayang dengan penglibatan secara langsung dengan masyarakat tidak kira dari pelbagai bangsa, peringkat umur dan taraf hidup.
Thailand International Camporee 2008

Event: The Thailand International Camporee 200Theme: “Scouting Think Earth”Date : 27 December 2008 – 1 January 2009Venue : Mon Come On Camp, Chiangmai, ThailandEligibility :
Scouts aged between 13 to 17 years old. Each Patrol should consist of tenScouts and one Adult Leader.
International Service Team (IST) should be 18 years old and above.
Fee : US$ 100.00 per participant payable upon registration.
Details about the camporee can be found in the following document. Please download for easy reference:-ThaiCamporee.pdf.
Malaysian Scouts who wish to participate in the said camporee, please liaise with The Persekutuan Pengakap Malaysia, Headquarters soonest possible.
ASEAN Malay Culture Camp 2008
The Asean Malay Culture Camp(Perkhemahan Budaya Melayu Se ASEAN)
Theme: "REVITALISE THE MALAY
CULTURE"Venue: Kampung Bauk, Kelurahan Kampung Bugis, Kecamatan Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, IndonesiaDate : 15th December 2008 - 20th December 2008Eligibility:
Scouts aged between 13 to 17 years old
Rovers aged between 18 to 25 years old
Scout Leader
Fee: SGD $50.00
Details about the Camp is given in the PPM - Programme Circular - Tanjung Pinang which can be downloaded from the Scout Circular Section which is on the left-hand corner of this website. Malaysian Scouts who are interested in participating in the said Camp, please communicate with PPM Headquarters as soon as possible.
If you need more information please contact the Head Quarters of
Malaysia Scout Movement
  • 15th Goodwill Camporee 2008
Event: The 15th Goodwill CamporeeDate: 12th December - 16th December, 2008Venue : Bangsak Camp, Phang Nga Province, ThailandEligibility : 100 Scouts and Leaders.Fee : Bath 4000 / RM 400.00
Details about the camporee can be found in the document here - GoodwillCamporee.pdf.
For Malaysian Scouts who wish to participate in the said Camporee, please liaise with Persekutuan Pengakap Malaysia, Headquarters before 30th September, 2008.

Tuesday, December 9, 2008







Dato' Haji Muhammad Yusof (1900-1980) adalah seorang pendidik Malaysia yang terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap PIBG Sekolah Menengah Linggi, sekolah tersebut telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof pada 21 Ogos 1982.
Pendidikan
Dilahirkan pada 17 September 1900 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Haji Muhammad adalah adik kepada Allahyarham Pendita Za'ba. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir pada tahun 1907. Pada tahun 1908, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Linggi apabila bapanya berpindah balik ke tempat asalnya di Kampung Linggi.
Haji Muhammad meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu di Kuala Kangsar pada tahun 1909 hingga lulus Senior Cambridge. Atas dorongan R.O Winstedt, beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan menceburkan diri menjadi seorang pendidik setelah tamat latihan di Maktab Melayu Melaka.
Kerjaya
Haji Muhammad menubuhkan Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor pada tahun 1921. Antara jawatan penting yang pernah dipegang oleh Allahyarham ialah Penolong Nazirr Sekolah-Sekolah Selangor (1920) dan Penolong Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1940). Beliau menyambung semula jawatan tersebut setelah tamat Perang Dunia Kedua hingga bersara pada tahun 1951. Haji Muhammad terlibat dalam Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan dari 1957 hingga 1960 dan juga pernah menjadi pensyarah di Sekolah Bahasa Asing di Universiti Tenri di Jepun pada tahun 1943).
Pada tahun 1958, Haji Muhammad menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong pertama serta menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Beliau terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Haji Muhammad meninggal dunia pada 22 Disember 1980 di Kampung Linggi.
Walaupun telah bersara dari jawatan, Allahyarham terus bergiat dalam masyarakat tempatan di Linggi yang bertujuan memajukan masyarakat setempat. Selama beberapa tahun, Allahyarham menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola dan juga Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Linggi. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap sekolah ini, maka pada 21 Ogos 1982 Sekolah Menengan Linggi dengan rasminya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan ini, Allahyarham telah diabadikan di sekolah ini.
Garis masa
1900: Dilahirkan pada 17 September di Batu Kikir, Kuala Pilah.
1907 (umur 7): Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir.
1908 (umur 8): Berpindah ke Sekolah Melayu Linggi.
1909 (umur 9): Meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga lulus Senior Cambridge.
1920 (umur 20): Memegang jawatan Penolong Nazirr Sekolah-Sekolah Selangor.
1921 (umur 21): Menubuhkan Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor.
1940 (umur 40): Memegang jawatan Penolong Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.
1943 (umur 43): Menjadi Pensyarah di Sekolah Bahasa Asing di Universiti Tenri, Jepun.
1951 (umur 51): Bersara.
1957 (umur 57): Menjadi Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara )
1958 (umur 58): Menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong Pertama.
1979 (umur 79): Terpilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.
1980 (umur 80): Meninggal dunia pada 22 Disember di Kampung Linggi.

Monday, December 8, 2008

Sejarah Ringkas Pergerakan Pengakap di Selangor
Sejarah pergerakan pengakap negeri Selangor Darul Ehsan turut meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sempena penubuhan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Majlis Pengakap Negeri Selangor dan Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan rasminya menjadi dua entiti yang berasingan mulai 27 Februari 1974. Upacara pengisytiharan telah diadakan di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.Pejabat pentadbiran pengakap Selangor terletak di Kem Kotaraya, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Kem ini lebih dikenali dengan nama ' Castle Camp ' kerana bentuk bangunannya yeng meyerupai sebuah 'castle' seperti bentuk bangunan lama di England. Pihak kerajaan telah memberikan kawasan ini yang merupakan bekas tapak projek hospital yang telah dibatalkan kepada pergerakan pengakap untuk latihan berpengakap pada tahun 1933.Pada tahun 1934, ahli-ahli pengakap telah berusaha keras memperindahkan bangunan Kem Kotaraya yang terbengkalai bagi meraikan lawatan Lord Baden-Powell ke Malaya. Lawatan Lord Baden-Powell, pengasas pergerakan pengakap telah mencatatkan beberapa detik sejarah penting kem tersebut. Lord Baden-Powell telah meninggalkan kesan tapak kaki dan juga kasut beliau di kem tersebut. Beliau dan ahli rombongannya yang terdiri daripada Lord Rowallan, Ketua Pengakap Dunia, dan Sir Charles Maclean bekas Ketua Pengakap Komenwell turut menanam pokok di sekitar kem tersebut.Pergerakan pengakap di Malaysia tidak dapat melupakan jasa bakti seorang pegawai perkhidmatan pendidik Inggeris bernama Frank C. Sands, MBE, FRAS yang terlibat dengan pengakap di England, Malaya dan Singapura selama 38 tahun bermula dari tahun 1908 hingga 1948. Beliau telah menjawat jawatan Pesuruhjaya Pengakap untuk cawangan Malaya dalam tempoh tersebut. Beliau memulakan pergerakan pengakap di Singapura pada tahun 1910 dengan dua kumpulan terdiri daripada 30 orang ahli pengakap. Tahun 1910 adalah satu detik penting sebagai tanda berkembangnya pergerakan pengakap di Malaysia.Pergerakan pengakap mula diperkenalkan di Selangor pada tahun 1909 dengan tertubuhnya satu kumpulan pengakap di Victoria Institution ( VI ) - Sekolah Victoria pada 15 Mac 1909 dan diikuti dengan penubuhan pengakap di Sekolah St. John dan Sekolah Methodist, Kuala Lumpur tetapi pergerakan di dua sekolah ini kurang cergas dan dibubarkan pada tahun 1913. Pembubaran kumpulan pengakap ini menyaksikan perjalanan pengakap begitu malap sehingga tahun 1926.Pada bulan Mei 1926, Persekutuan Tempatan ( Local Assosiation ) Selangor telah ditubuhkan yang tarafnya sama dengan Majlis Pengakap Negeri pada hari ini. Encik J.R. Kellam telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Daerah ( jawatan Pesuruhjaya Daerah pada masa itu adalah setaraf dengan jawatan Pesuruhjaya Negeri pada hari ini ) dan Encik Ameen Akbar sebagai Penolong Pesuruhjaya Daerah. Encik Ameen Akbar telah menubuhkan bahagian kelana ( rover ) pada tahun 1926. Pergerakan pengakap semakin berkembang melalui usaha gigih Encik Ameen Akbar yang memperkenalkannya di sekolah-sekolah Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1925 dan diikuti oleh sekolah-sekolah Melayu di luar Kuala Lumpur kemudiannya. Pergerakan pengakap turut berkembang ke sekolah-sekolah Cina dan Tamil di Selangor.Dua tokoh penting yang membawa pergerakan pengakap ke sekolah-sekolah Melayu ialah Encik Ameen Akbar dari Selangor dan Encik S.M Zainal Abidin dari Pulau Pinang. Mengikut pendapat F.C Sands, Encik Ameen Akbar adalah tunggak utama pergerakan pengakap di Selangor pada masa itu .Encik Ameen Akbar dan Encik S.M Zainal Abidin berusaha keras memberi latihan kepada guru-guru Melayu. Beberapa buku pengakap telah diterjemah ke bahasa Melayu oleh Encik S.M Zainal Abidin. Usaha menterjemah buku-buku pengakap ini banyak membantu meningkatkan lagi perkembangan pergerakan pengakap di sekolah-sekolah Melayu.Antara tokoh-tokoh lama yang telah banyak menyumbangkan tenaga kepada pengakap di Selangor termasuklah Encik Marcus Dukes, Encik Westrop, Encik Burton, Encik Lancaster dan Kapten Headlam yang kesemuanya pernah menjawat jawatan Pesuruhjaya Daerah Selangor sebelum perang dunia kedua dan diikuti oleh Encik G.D Muir selepas perang. Anak-anak tempatan juga tidak kurang ketokohan mereka dalam memajukan pergerakan pengakap di Selangor. Antaranya ialah Encik Ameen Akbar. Encik Yusof Ahmad, Kapten Mohamad Ali yang merupakan anak tempatan pertama menjadi Pesuruhjaya Negeri Selangor. Selepas Kapten Mohamad Ali, jawatan Pesuruhjaya Negeri Selangor disandang oleh Encik Ng Khiew Tin, Encik Victor, Encik Phang Piang Pah, Encik Ibrahim bin Samad, Tuan Haji Zainuddin bin Jantan, Tuan Haji Karim Ahmad, Tuan Haji Akasah bin Haji Taib dan sekarang Tuan Haji Ishak bin Jonid.Perkembangan pergerakan ke daerah-daerah di negeri Selangor turut lancar dengan penubuhan pergerakan pengakap di daerah Sabak Bernam ( 1945 ), Banting ( 1951 ), Kajang ( 1947 ), Klang ( 1950 ), Kepong ( 1948 ), Hulu Langat ( 1959 ), Petaling ( 1954 ), Rawang ( 1960 ), Sepang ( 1963 ), Kuala Selangor ( 1963 ), Hulu Selangor ( 1961 ), Tanjung Karang ( 1974 ), dan Gombak ( 1974 ).

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).Bermula dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

 

blogger templates | Make Money Online