Wednesday, April 15, 2009

Perhimpunan Raksasa Sempena 100 Tahun Kepengakapan Malaysia.




Persekutuan Pengakap Malaysia akan mengadakan perhimpunan raksaksa sempena Sambutan Ulang Tahun ke-100 Persekutuan Pengakap Malaysia pada butiran berikut:-

Tarikh : 25 April 2009
Masa : 07.30 - 17.00
Lokasi : Stadium Negara, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.
Pakaian : Seragam Penuh
Jemputan : Semua Pengakap Malaysia
Surat: Surat jemputan sudah diedarkan kepada semua Pesuruhjaya Daerah.

Semua Pengakap Kelana Negeri Selangor dijemput hadir untuk memeriahkan lagi perhimpunan ini.

Sumber: WEB PPM HQ

Monday, April 6, 2009

Perdana Menteri Malaysia ke-6


Seluruh Warga PPM Kuala Langat merakamkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atas pelantikan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA yang baru.

Friday, February 13, 2009

Penubuhan Seketeriat Pengakap Kelana Selangor

Mesyuarat Penubuhan Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan diadakan pada butiran berikut:-
Masa : 0900
Tarikh : 22/02/2009 (ahad).
Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer, Rawang.
Agenda : Penubuhan Seketeriat Pengakap Kelana Selangor dan Mesyuarat Program Kelana Selangor 2009.
Surat : Sila ambil surat jemputan dari pesurujuhjaya daerah masing-masing selepas 15/02/09.
Pakaian : Uniform LengkapSemua pengakap kelana selangor dijemput hadir,
Harap Maklum.

Penyelaras Program Pengakap Kelana Negeri Selangor
Mohd Fadzil bin Mohd Yusof (012-3035531)

Tuesday, February 3, 2009

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN 2009

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUNAN 2009
PPM Daerah Kuala Langat

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Salam Pengakap !
Bermula pada tahun 2009 ni, PPM telah memperkenalkan sistem baru untuk pembaharuan pendaftaran ahli pengakap. Dengan pengunaan perisian dan penghantaran maklumat secara elektronik, sistem ini dapat memudahkan pengeluaran Kad Keahlian baru dan pengumpulan maklumat ahli. Semua maklumat dan borang-borang pendaftaran boleh didapati seperti berikut :-Kunjungi Laman Web PPM : http://www.malaysiascout.org/Kemudian Klik : www.myscout.com.my/daftar untuk muat turun borang-borang berkaitan.Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke e-mail: daftar@scouts.myBayaran pendaftaran ke Akaun Maybank 5140 3901 4506 atas namaPERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.Slip bank perlu dihantar(scan) ke email daftar@scouts.my atau faks PPM - 03 20709057
Surat rasmi dari PPM dan No Akaun Maybank boleh dimuat turun melalui link berikut :
Muka surat 1: http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=eaec3cd21c&view=att&th=11ef7e5d06a64e7e&attid=0.1&disp=inline&zw
Muka surat 2 : http://mail.google.com/mail/?ui=2&ik=eaec3cd21c&view=att&th=11ef7e5d06a64e7e&attid=0.2&disp=inline&zw
Sekian. Terima kasih.

Thursday, January 22, 2009

PPM Daerah Putrayaja

PPM Daerah Putrajaya akan menjadi adik bongsu kepada daerah-daerah pengakap yang lain di negeri Selangor apabila diwujudkan kelak. PPMD Putrajaya akan menjadi PPM Daerah ke-15 di negeri Selangor. Perkara ini diumumkan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor dalam Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor yang berlansung pada 18 Januari 2009 di PPD Petaling Perdana. Ini berikutan keputusan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia yang menyerahkan pentadbiran pengakap Putrajaya di bawah pentadbiran Majlis Pengakap Negeri Selangor.

Sunday, December 21, 2008

Takziah

Takziah Buat Warga Pengakap Kelantan



Al-Fatihah buat



Allayarham Tuan Haji Nawi bin OthmanPesuruhjaya Pengakap Kelantan
Telah Meninggal pada 19 Disember 2008
Jam 3 pagi
Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman
Kepengakapan telah kehilangan seorang Pemimpin yang sering bertanggungjawab serta banyak memberikan sokongan atas aktiviti kepengakapan juga kesukarelaan
Salam Takziah buat Ahli Keluarga Allahyarham serta Warga Pengakap Negeri Kelantan...
* Amin *


sumber : PPMD Hulu Terengganu..

Wednesday, December 17, 2008

Jambori JAJ08!!!

ni ler gmbr yg ader masa jambori tu.....






pandai ko san....tgkp yg lawa² jer...





ni betul² icu mari ni!!!!


model pengakap kuala Langat...amacam...cun x????



Nti aku syorkan owg kg aku masuk meminang awek ni tok ko san....




woooo....ngorok yer....?????




Posing maut ni....Khas tuk Pengakap Kuala Langat jer...
Yg len leh mtk otograf jer...lelebih x leh..da cop da....


Mat rempit sejati!!! xper san..sok aku ajar ko willy motor lakkk....

Bergambar dengan otai² pengakap Selangor..Klu korang terer.. Yg mana aku????


Sarapan pg??emmmm...mati idup balik pun blm tentu ader yg sudi nak jamah....


haaaa......ni r dier kem pengakap Selangor...Amacam...gempak x?????


perwira harapan Selagor ni beb....


Model....ngan tongkat pun jd ler.....Cute x????

Friday, December 12, 2008

Sejarah Pengakap Kelana

Rover Moot 1939

Apaka itu Pengakap Kelana????



Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.



SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.
Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap. Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa. Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu. Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia. Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana.

Wednesday, December 10, 2008

Jambori Melaka 2009

JAMBORI MELAKA 2009...

Marilah kita meriahkan majlis ni yok...rugi wooo tak pergi..
30 Mei 2009 hingga 6 Jun 2009
Kuantan Rover Moot 2009

Memupuk semangat berpengakap (scouting spirit) dan berkelana (rovering) dikalangan ahli-ahli pengakap kelana dengan membina silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan sesama ahli kelana dengan masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti bersama kearah melahirkan warga muda yang mempunyai jatidiri yang mantap dan sahsiah yang mulia sesuai dengan pembentukan modal insan berkualiti dan berdaya maju.
Melahirkan Pengakap Kelana yang mempunyai semangat patriotisma, prihatin dan penyayang dengan penglibatan secara langsung dengan masyarakat tidak kira dari pelbagai bangsa, peringkat umur dan taraf hidup.
 

blogger templates | Make Money Online