Thursday, January 22, 2009

PPM Daerah Putrayaja

PPM Daerah Putrajaya akan menjadi adik bongsu kepada daerah-daerah pengakap yang lain di negeri Selangor apabila diwujudkan kelak. PPMD Putrajaya akan menjadi PPM Daerah ke-15 di negeri Selangor. Perkara ini diumumkan oleh Tuan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor dalam Mesyuarat Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor yang berlansung pada 18 Januari 2009 di PPD Petaling Perdana. Ini berikutan keputusan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia yang menyerahkan pentadbiran pengakap Putrajaya di bawah pentadbiran Majlis Pengakap Negeri Selangor.

Sunday, December 21, 2008

Takziah

Takziah Buat Warga Pengakap Kelantan



Al-Fatihah buat



Allayarham Tuan Haji Nawi bin OthmanPesuruhjaya Pengakap Kelantan
Telah Meninggal pada 19 Disember 2008
Jam 3 pagi
Semoga Rohnya dicucuri rahmat serta digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman
Kepengakapan telah kehilangan seorang Pemimpin yang sering bertanggungjawab serta banyak memberikan sokongan atas aktiviti kepengakapan juga kesukarelaan
Salam Takziah buat Ahli Keluarga Allahyarham serta Warga Pengakap Negeri Kelantan...
* Amin *


sumber : PPMD Hulu Terengganu..

Wednesday, December 17, 2008

Jambori JAJ08!!!

ni ler gmbr yg ader masa jambori tu.....






pandai ko san....tgkp yg lawa² jer...





ni betul² icu mari ni!!!!


model pengakap kuala Langat...amacam...cun x????



Nti aku syorkan owg kg aku masuk meminang awek ni tok ko san....




woooo....ngorok yer....?????




Posing maut ni....Khas tuk Pengakap Kuala Langat jer...
Yg len leh mtk otograf jer...lelebih x leh..da cop da....


Mat rempit sejati!!! xper san..sok aku ajar ko willy motor lakkk....

Bergambar dengan otai² pengakap Selangor..Klu korang terer.. Yg mana aku????


Sarapan pg??emmmm...mati idup balik pun blm tentu ader yg sudi nak jamah....


haaaa......ni r dier kem pengakap Selangor...Amacam...gempak x?????


perwira harapan Selagor ni beb....


Model....ngan tongkat pun jd ler.....Cute x????

Friday, December 12, 2008

Sejarah Pengakap Kelana

Rover Moot 1939

Apaka itu Pengakap Kelana????



Pengakap Kelana adalah kumpulan Pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia diantara umur 17 tahun setengah hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Pengakap Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang mempunyai persefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai Krew Pengakap Kelana. Program Latihan Pengakap Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan diserata dunia daripada segi cabaran fizikal dan mental. Ia juga memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong di dalam Malaysia dan juga ke luar negara. Ahli -ahli Krew Pengakap Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan Krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan. Menyertai Krew Pengakap Kelana adalah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup anda. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.



SEJARAH RINGKAS PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana telah diwujudkan kerana terdapat permintaan untuk penubuhannya oleh para belia. Sebenarnya, Pengakap bermula sebagai persediaan pengalaman dalam latihan kepimpinan dan sebagai anisiatif oleh Lord Baden-Powell ( BP ) untuk pengakap darat di India dan Afrika semasa zaman perang.
Selepas melalui Perang Boer di Afrika Selatan, BP telah menulis semula buku panduan latihan melalui pengalamannya untuk kanak-kanak lelaki dan bercadang untuk menggunakannya dalam organisasi yang wujud seperti Boys Brigade. Untuk menguji penyampaian idea di dalam buku tersebut, BP telah mengadakan satu Perkhemahan percubaan bersama 20 orang kanak-kanak lelaki di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut telah membuahkan kejayaan dan dipertimbangkan untuk menjadi permulaan kepada kegiatan berpengakap. Buku panduan tersebut, yang kini bertajuk Scouting for boys telah diterbitkan pertama kalinya pada bulan Januari 1908. Buku tersebut mendapat sambutan daripda sebahagian kanak-kanak lelaki serta sebilangan kecil kanak-kanak perempuan dan segera meletakkan idea BP sebagai sesuatu yang amat praktikal dan sangat wajar. Mereka membentuk patrol mereka sendiri dan kemudian menyedari keperluan bantuan daripada golongan dewasa, lalu melantik ketua sendiri daripada kalangan dewasa. Pergerakan Pengakap berkembang dengan cepat dari Britain ke negara-negara lain. Pengakap telah diwujukan di Malaysia pada tahun 1910, dua tahun selepas ia diasaskan di Britain. Pasukan Pengakap pertama di tubuhkan di Singapura pada tahun 1910 oleh seorang rakyat Inggeris yang bernama Frank Cooper Sands. Bermula dari situ, pergerakan pengakap berkembang ke Tanah Melayu. Pada hari ini, pergerakan Pengakap telah kekal dan melebihi 200 buah negara di dunia dengan keahlian melebihi 28 juta orang. Tahun 1990 melihatkan kemunculan Pengakap di kebanyakkan negara Eropah Timur selepas terdapat jurang selama 40 tahun, sekali lagi Pengakap memaparkan Pengakap sebagai gerakan antarabangsa seluruh dunia. Pengakap lama yang ingin terlibat semula dalam kegiatan-kegiatan Pengakap telah mencadangkan supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi ahli dewasa yang bersesuaian dengan minat dan kebolehan mereka. Pada tahun 1917, Pengakap Kelana dengan rasminya dilancarkan di United Kingdom dengan nama Pengakap Dewasa. Walau bagaimanapun, pada 1918, nama ini telah ditukar kepada Rover Scouts atau Pengakap Kelana.

Wednesday, December 10, 2008

Jambori Melaka 2009

JAMBORI MELAKA 2009...

Marilah kita meriahkan majlis ni yok...rugi wooo tak pergi..
30 Mei 2009 hingga 6 Jun 2009
Kuantan Rover Moot 2009

Memupuk semangat berpengakap (scouting spirit) dan berkelana (rovering) dikalangan ahli-ahli pengakap kelana dengan membina silaturrahim dan mengukuhkan perpaduan sesama ahli kelana dengan masyarakat menerusi aktiviti-aktiviti bersama kearah melahirkan warga muda yang mempunyai jatidiri yang mantap dan sahsiah yang mulia sesuai dengan pembentukan modal insan berkualiti dan berdaya maju.
Melahirkan Pengakap Kelana yang mempunyai semangat patriotisma, prihatin dan penyayang dengan penglibatan secara langsung dengan masyarakat tidak kira dari pelbagai bangsa, peringkat umur dan taraf hidup.
Thailand International Camporee 2008

Event: The Thailand International Camporee 200Theme: “Scouting Think Earth”Date : 27 December 2008 – 1 January 2009Venue : Mon Come On Camp, Chiangmai, ThailandEligibility :
Scouts aged between 13 to 17 years old. Each Patrol should consist of tenScouts and one Adult Leader.
International Service Team (IST) should be 18 years old and above.
Fee : US$ 100.00 per participant payable upon registration.
Details about the camporee can be found in the following document. Please download for easy reference:-ThaiCamporee.pdf.
Malaysian Scouts who wish to participate in the said camporee, please liaise with The Persekutuan Pengakap Malaysia, Headquarters soonest possible.
ASEAN Malay Culture Camp 2008
The Asean Malay Culture Camp(Perkhemahan Budaya Melayu Se ASEAN)
Theme: "REVITALISE THE MALAY
CULTURE"Venue: Kampung Bauk, Kelurahan Kampung Bugis, Kecamatan Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, IndonesiaDate : 15th December 2008 - 20th December 2008Eligibility:
Scouts aged between 13 to 17 years old
Rovers aged between 18 to 25 years old
Scout Leader
Fee: SGD $50.00
Details about the Camp is given in the PPM - Programme Circular - Tanjung Pinang which can be downloaded from the Scout Circular Section which is on the left-hand corner of this website. Malaysian Scouts who are interested in participating in the said Camp, please communicate with PPM Headquarters as soon as possible.
If you need more information please contact the Head Quarters of
Malaysia Scout Movement
  • 15th Goodwill Camporee 2008
Event: The 15th Goodwill CamporeeDate: 12th December - 16th December, 2008Venue : Bangsak Camp, Phang Nga Province, ThailandEligibility : 100 Scouts and Leaders.Fee : Bath 4000 / RM 400.00
Details about the camporee can be found in the document here - GoodwillCamporee.pdf.
For Malaysian Scouts who wish to participate in the said Camporee, please liaise with Persekutuan Pengakap Malaysia, Headquarters before 30th September, 2008.

Tuesday, December 9, 2008







Dato' Haji Muhammad Yusof (1900-1980) adalah seorang pendidik Malaysia yang terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap PIBG Sekolah Menengah Linggi, sekolah tersebut telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof pada 21 Ogos 1982.
Pendidikan
Dilahirkan pada 17 September 1900 di Batu Kikir, Kuala Pilah, Haji Muhammad adalah adik kepada Allahyarham Pendita Za'ba. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir pada tahun 1907. Pada tahun 1908, beliau berpindah ke Sekolah Melayu Linggi apabila bapanya berpindah balik ke tempat asalnya di Kampung Linggi.
Haji Muhammad meneruskan pelajarannya di Kolej Melayu di Kuala Kangsar pada tahun 1909 hingga lulus Senior Cambridge. Atas dorongan R.O Winstedt, beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi seorang doktor dan menceburkan diri menjadi seorang pendidik setelah tamat latihan di Maktab Melayu Melaka.
Kerjaya
Haji Muhammad menubuhkan Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor pada tahun 1921. Antara jawatan penting yang pernah dipegang oleh Allahyarham ialah Penolong Nazirr Sekolah-Sekolah Selangor (1920) dan Penolong Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1940). Beliau menyambung semula jawatan tersebut setelah tamat Perang Dunia Kedua hingga bersara pada tahun 1951. Haji Muhammad terlibat dalam Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan dari 1957 hingga 1960 dan juga pernah menjadi pensyarah di Sekolah Bahasa Asing di Universiti Tenri di Jepun pada tahun 1943).
Pada tahun 1958, Haji Muhammad menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong pertama serta menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Beliau terpilih sebagai "Tokoh Guru Kebangsaan" pada tahun 1979. Haji Muhammad meninggal dunia pada 22 Disember 1980 di Kampung Linggi.
Walaupun telah bersara dari jawatan, Allahyarham terus bergiat dalam masyarakat tempatan di Linggi yang bertujuan memajukan masyarakat setempat. Selama beberapa tahun, Allahyarham menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola dan juga Pengerusi PIBG Sekolah Menengah Linggi. Kerana menghargai ketokohannya serta mengenang jasanya terhadap sekolah ini, maka pada 21 Ogos 1982 Sekolah Menengan Linggi dengan rasminya ditukar nama kepada Sekolah Menengah Datuk Muhammad Yusof. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd. Isa bin Dato' Haji Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan. Dengan ini, Allahyarham telah diabadikan di sekolah ini.
Garis masa
1900: Dilahirkan pada 17 September di Batu Kikir, Kuala Pilah.
1907 (umur 7): Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kikir.
1908 (umur 8): Berpindah ke Sekolah Melayu Linggi.
1909 (umur 9): Meneruskan pelajarannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga lulus Senior Cambridge.
1920 (umur 20): Memegang jawatan Penolong Nazirr Sekolah-Sekolah Selangor.
1921 (umur 21): Menubuhkan Persatuan Guru-Guru Melayu Selangor.
1940 (umur 40): Memegang jawatan Penolong Pengetua Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim.
1943 (umur 43): Menjadi Pensyarah di Sekolah Bahasa Asing di Universiti Tenri, Jepun.
1951 (umur 51): Bersara.
1957 (umur 57): Menjadi Pesuruhjaya Pengakap Persekutuan ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara )
1958 (umur 58): Menjadi Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertuan Agong Pertama.
1979 (umur 79): Terpilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan.
1980 (umur 80): Meninggal dunia pada 22 Disember di Kampung Linggi.
 

blogger templates | Make Money Online