Thursday, August 9, 2012

Merdeka!!!!!


RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824 melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya” muncullah golongan berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masing-masing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat mengusir penjajah dan membentuk kerajaan
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
merdeka
Tanggal 31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Pesanan!!!!!


"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

Wednesday, August 8, 2012

Enam Kewajipan Orang Islam


Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, Kewajipan orang Islam kepada orang Islam yang lain ada lima perkaraL menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri jemputan dan mendoakan orang bersin”. 
 
Dalam riwayat Muslim, “Kewajipan orang Islam terhadap orang Islam yang lain ada enam perkara, “Apabila berjumpa maka hendaklah member salam, jika kamu diundang hendaklah hadiri, apabila dia meminta nasihat berilah nasihat kepadanya, apabila dia bersin dan menyebut “الحمد لله” doakan dengan “يرحمك الله”, jika dia sakit lawatilah dia dan apabila dia meninggal maka iringilah jenazahnya”.

Hong Kong Scouts and Scouts of China to establish mutual air training collaboration


 

Air training used to be a dream for many young people in Hong Kong for they once lived close to the former airport – Kai Tak. With the rapid development of aviation industry in Asia, the demand for commercial pilots has increased greatly. Air training for Scouts no longer aims at an airman badge on their sleeves only, but probably a life time career – becoming a real Pilot.

An informal summit meeting was held on 18 July 2012 between the air training leaders of Hong Kong and Taiwan, chaired by Hong Kong Air Scout Board and one of the Honourary Presidents of the Scout Association of Hong Kong, Mr. Norman Lo JP. Mr. Lo is the current Director-General of Civil Aviation of the Hong Kong SAR Government. He is also an Air Commodore of the Hong Kong Air Cadet Corps. Taiwanese delegation was led by Mr. Billy K. C. Chang, former Director-General of Taiwan Civil Aviation, Chairman of Aviation Education Foundation and a retired Air Force Major General.
There was much exchange of the experience in air training to youth members of the two NSOs discussing the possibility of cooperation between the two NSOs in future, including the exchange of Scouts for flight experience, and to prepare themselves to become pilots in the future. Presently, student pilot for fixed wing aircraft can only do their flying training on Sundays at the Hong Kong Shek Kong Airfield. The Air Force may close down the runway without prior notice for military reasons which restricts the training to a very limited number of flying hours per week, and to sometimes zero. In addition, it is comparatively more expansive to do flight training in Hong Kong.
Through the exchange program, it is hoped that it will solve these problems so that more Scouts are ready if there are better air training facilities and opportunities in Taiwan under Mr. Chang’s Aviation Education Foundation.
-- Alex Lam, APR Honourary Correspondent, Hong Kong

Najib lancar 1M Privilege Card



NAJIB (dua dari kiri) menunjukkan 1Malaysia Privilege Card selepas melancarkannya di Putrajaya semalam. Turut sama ialah Ahmad Husni Hanadzlah (dari kiri), Ahmad Zahid dan Hishammuddin.



PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti
anggota polis dan tentera,
kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi
 meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia
Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua
pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif
di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu
 membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun
antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau
perkhidmatan yang ditawarkan oleh
 kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada
warga Polis Diraja Malaysia dan
Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai
kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang
 berkisar kepada kerjasama unik
antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang
diperkenalkan Malaysia, khusus
untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah
 lagi kuasa membeli atau
 pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap
pada majlis pelancaran kad
itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my
 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan
Kedua,Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri,
 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Inisiatif menerusi strategi NBOS 6 itu menyaksikan kerjasama antara
 tiga kementerian berkenaan yang membolehkan pemegang 
kad tersebutmenikmati diskaun dalam pelbagai perbelanjaan.
 Ia meliputi barangan keperluan harian,alat sukan, alat ganti 
kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan yang mana
senarai syarikat mengambil bahagian serta tawaran-tawaran mereka
boleh disemak di portal berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerjasama tentera dan polis memberi
banyak manfaat kepada negara dan beliau memberi contoh
 langkah dua pasukan keselamatan itu berkongsi tempat latihan 
rekrut, membolehkan kerajaan menjimatkan perbelanjaan bernilai
 ratusan juta ringgit.

Emas!!!!!!!



Daripada Abu ‘Umarah al-Bara’ bin ‘Azib R.huma katanya, “Rasulullah SAW menyuruh kami menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang bersin, melepaskan sumpah orang yang bersumpah, menolong orang yang dizalimi, memenuhi undangan dan memberi salam apabila bertemu. Baginda menegah kami daripada memakai cincin emas, minum dengan bekas yang dibuat daripada perak, menggunakan lapik duduk sutera dan memakai pakaian yang dibuat daripada sutera, sutera tebal dan sutera Dibaj(dari Yaman)”. 


Mari Berkayak...





Mesyuarat Pertama 'Layar Kelana' Pelayaran dari Kuala Perlis ke Pantai Kok Pulau Langkawi, Sempena GEOPARK MARITIME JAMBOREE 12.12.12 .akan diadakan pada hari Jumaat 10,08,2012 @ 9pm@ Bilik mesyuarat Pejabat Kelana A Kajang.@lot 13A Jalan 9 Taman Sekamat Kajang Selangor,Jemputan telah diedarkan kepada yg berkenaan,utk menjayakan xtvt ini. Maklumat lanjut sila hubungi Faisal@Pochai 0193338379.

Monday, August 6, 2012

Agama Islam tidak harus dipolitikkan – Najib


Agama Islam tidak harus dipolitikkan – Najib


NAJIB melambaikan tangan kepada orang ramai sebaik saja tiba untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Johor Bahru semalam.


JOHOR BHARU – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, agama Islam tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak di negara ini.
Sebaliknya, kata Perdana Menteri, agama Islam seharusnya diletakkan di tempat yang paling tinggi, sekali gus banyak permasalahan yang membelenggu umat Islam pada masa kini dapat diatasi.
“Jika politik mengatasi Islam dan diletakkan lebih tinggi, maka banyak permasalahan menghantui umat Islam dan menyebabkan perpecahan yang kini telah jadi punca kelemahan umat Islam dan menjadi punca musuh-musuh Islam memperlekehkan Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis tadarus dan khatam al-Quran serta majlis berbuka puasa di Masjid Tan Sri Ainuddin Wahid, Taman Universiti, Skudai di sini semalam.
Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.
Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri sentiasa mengutamakan Islam dalam mentadbir urus negara dan mengikut landasan serta tuntutan syiar Islam.

Menutup Keaiban Orang lain


Riwayat: 
 Muslim
Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.
Huraian Hadith: 
  1. Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.
  2. Sesiapa yang menutup keburukan saudara seagamanya nescaya Allah menutup keburukannya di hari kiamat kerana ganjaran yang disediakan sesuai dengan amalan yang dilakukan.

Sunday, August 5, 2012

Hakikat Sembahyang


SABDA Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia pun berwuduk dengan wuduk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan rukuknya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi dia tidak melakukan dosa besar.”
Riwayat Muslim
Huraian:
-Agak menghairankan apabila didapati ada orang yang mengerjakan sembahyang, tetapi masih tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat. Mengapa? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana sembahyang yang dikerjakan itu sebenarnya tidak ikhlas kepada Allah melainkan untuk menunjuk-nunjuk, riyak dan takbur. Sembahyang yang sedemikian ini sama sekali tidak akan memberikan apa-apa kesan terhadap jiwa dan pembentukan peribadi serta tidak dapat menjamin serta mendinding diri daripada melakukan perkara-perkara negatif dan maksiat.
  • -Sesungguhnya sembahyang dalam erti kata yang sebenar ialah sembahyang yang dikerjakan dengan hati yang khusyuk dan menghayati setiap apa yang dibaca. Hasilnya ia berupaya mendidik seseorang kepada pembangunan sahsiah muslim yang sejati. Hal ini bermula dengan berwuduk yang menganjurkan kebersihan tubuh badan serta pakaian, sehinggalah kepada geraklaku dan tatatertib khusus yang perlu diiltizamkan oleh orang yang sembahyang.
-Sembahyang berjamaah contohnya, mendidik seseorang itu mematuhi seorang ketua yang tidak harus bagi seorang makmum mendahului imam dalam apa jua geraklakunya. Manakala dari hal menjaga saf-saf ketika bersembahyang pula memberikan satu pengajaran tentang kepentingan perpaduan dalam suatu masyarakat yang dipimpin.
  • -Selain kebersihan zahir, sembahyang juga mampu melupuskan kotoran dosa yang pernah dilakukan kerana sembahyang merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk setiap hamba mencari pengampunan dari tuhan-Nya. Usaha ini diseiringkan dengan amalan zikir dan doa-doa yang dibaca sewaktu sembahyang di mana ia akan menguatkan lagi hubungan dengan Allah S.W.T.
 

blogger templates | Make Money Online