Monday, February 8, 2010

jamboree lg ni beb!!!


Jubli Perak Kem





Jambori Jubli Perak Kem Tengku Mahkota

Pihak Pengurusan Kem Tengku Mahkota Bandar Jengka akan mengadakan Jambori Jubli Perak sebagai memperingati pembukaan kem ini. Jambori ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.


Tarikh : 5 - 10 Jun 2010
Tempat : Kem Tengku Makota, Bandar Jengka
Pendaftaran bermula : Jam 2.00 ptg pada 5 Jun 2010

Sehubungan itu pihak pengurusan kem mengalu-alukan penyertaan dari pasukan pengakap seluruh negara. Pasukan yang berikut untuk menyertai jambori ini boleh menghubungi pengurusan kem melalui emel seperti berikut :
jengka.scouts@gmail.com
admin@jengkascouts.com




Disamping itu kami juga memerlukan para sukarelawan untuk berkhidmat disepanjang jambori tersebut. Kepada yang berminat untuk bertugas sila hubungi kami di emel di atas.

Thursday, February 4, 2010

Meeting....

Mesyuarat Agung Kali Ke-2 Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor
Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-2 pada butiran berikut:-
Masa : 10.00 pagi
Tarikh : 28 Febuari 2010
Lokasi : Kem Rimba Templer
Pakaian : Uniform Lengkap
Surat Siaran: Telah dihantar kepada semua pesuruhjaya daerah atau muat turun disini

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kehadiran penolong pesuruhjaya daerah - tugas khas unit kelana, pemimpin pasukan kelana , ahli jawatankuasa pasukan kelana dan ahli pengakap kelana ke mesyuarat kali ini. Semoga dengan kehadiran pihak tuan dapat menjana idea dalam memantapkan lagi pasukan-pasukan pengakap kelana di Negeri Selangor.
Harap maklum
 

blogger templates | Make Money Online