Sunday, January 31, 2010

Berjambori!!!!!!

JAMBORI BUDAYA INDONESIA / MALAYSIA 2010

Salam Berpengakap...
TARIKH : 8 JUN HINGGA 12 JUN 2010
TEMPAT : TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA YURAN JAMBORI : RM 300.00 SAHAJA
( MELIPUTI MAKAN BUFFET 3X SEHARI / JAMBORI KIT / LAWATAN/ PENGANGKUTAN DARI LAPANGAN TERBANG MINANGKABAU KE TAPAK JAMBORI DAN KEMBALI )

Tujuan dasar Jambori ini diadakan adalah untuk mengukuh eratkan perhubungan kedua-dua buah negara jiran iaitu diantara negaraMalaysia dan Indonesia melalui budaya berPengakap. Hasil yang diharap kepada Jambori ini adalah agar belia-beliaPengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia akan dapat membina ikatan silaturrahim yang mendalam dan membelajari perbezaan dan persamaan dari sudut agama, sejarah, budaya, cara hidup dan pemikiran masyarakat kedua-dua buah negara.Antara agenda utama pengisian Jambori Kebudayaan Serumpun ini adalah berkongsi dan bertukar-tukar kebudayaan antara ahliPengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia melalui persembahankebudayaan, khidmat masyarakat setempat, pertanian, penerangan sejarah, pemakanan dan pelbagai lagi.Lokasi Jambori ini akan diadakan disekitar tanah bersejarah Istano Basa Paga Ruyuang, Tanah Datar, Sumatera Barat yang menempatkan lokasi istana kerajaan tertua Paga Ruyuang Minangkabau pada tarikh 9 Jun 2010 sehingga 12 Jun 2010. Lokasi ini sangat menarik kerana disinilah pusat kebudayaan bangsa keturunan Minangkabau yang perbagai dan unik. Sejarah telah banyak menceritakan berkenaan adat dan istiadat keturunan bangsa Minangkabau yang penuh tatacara indah dan berseni untuk dikongsi, dipelajari dan seterusnya diambil yang mana bersesuaian untuk kebaikan belia Pengakap Malaysia dan Pramuka Indonesia.Lokasi Jambori ini juga berhawa dingin kerana terletak di kawasan pendalaman dan berada tinggi dari aras laut. Penduduk sekitar tapak Jambori khususnya Daerah Batu Sangkar sangat peramah danmenghormati kehadiran tetamu luar dan ini adalah sangat menyenangkan.Lokasi ini juga terletak 1 jam perjalanan ke Kota Bukit Tinggi iaitu syurga perlancongan dan membeli belah utama Sumatera Barat.

Saturday, January 30, 2010

Kursus Manik Kayu Kelana 2010
KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU UNIT PENGAKAP KELANA
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri akan menganjurkan kursus tersebut bagi tahun ini. Kursus ini ditawarkan kepada semua Pemimpin di pasukan kelana negeri Selangor. Kelayakan bagi menyertai kursus ini adalah seperti berikut:
1. Pasukan kelana telah didaftarkan dan membahaharui pendaftaran tahun 2010.
2. Pemimpin hendaklah mempunyai pasukan dan ahli kelana.
3. Usia tidak kurang dari 25 tahun pada 01.01.2010
Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin Kumpulan dan Pemimpin Pengakap Remaja yang telah mempunyai Manik Kayu unit Pengakap Remaja boleh juga memohon bagi mengikuti kursus ini bergantung kepada kekosongan.
Kursus ini akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:
1. Kursus Pengenalan : 06.03.20102.
Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I : 23 - 25.04.20103.
Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III (1) : 30.07 - 01.08.20104.
Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III (2) : 01 - 04.10.2010
Borang yang telah diisi hendaklah dihantar ke Pejabat Pengakap Selangor Kem Temasya Rimba Templer sebelum 05 Februari 2010Download surat dan borang di sini
Kursus Manik Kayu P. Muda 2010
KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU UNIT PENGAKAP MUDADengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manik Kayu unit Pengakap Muda bagi pemimpin pengakap yang berkhidmat di sekolah rendah.Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan program dan sistem latihan kepada ahli pengakap di tahun 6 yang kebanyakannya telah mencapai dan akan mencapai usia 12 tahun, di mana mengikut Dasar dan Peraturan-peraturan Persekutuan Pengakap Malaysia tidak lagi dilatih sebagai Pengakap Kanak-kanak.Sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan objektif latihan, pemimpin pengakap di sekolah rendah yang telah lulus manik kayu unit Pengakap Kanak-kanak adalah ditawarkan bagi mengikuti Kursus Kepimpinan Manik Kayu unit Pengakap Muda.Siri kursus akan diadakan pada tarikh-tarikh berikut:
1. Kursus Pengenalan Manik Kayu : 06.03.20102.
Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat I : 26 - 28.03.20103.
Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III(1) : 25 - 27.06.20104.
Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat III(2) : 16 - 19.07.2010
Kepada pemimpin yang berminat diminta melengkapkan borang maklumbalas dan dihantar ke pejabat Pengakap Negeri Selangor di Kem Temasya Rimba Templer Rawang melalui
faks 03-60928966 sebelum 5 Februari 2010.Sebarang maklumat sila hubungi Setiausaha Latihan Negeri, En. Noor Hashim bin Ismail di talian 019 3458220.
download surat dan borang di sini
 

blogger templates | Make Money Online